Apabila anda menggunakan mesin jahit, langkah-langkah keselamatan mestilah diutamakan bagi mengelakkan kemalangan dan kerosakan peralatan serta bahan yang digunakan. Berikut adalah sebahagian langkah-langkah keselamatan yang boleh diikuti bagi mengurangkan risiko kecederaan :
1. Jangan biarkan mesin jahit bersambung dengan punca elektrik tanpa digunakan. Pastikan plag mesin dicabut dari punca elektrik selepas digunakan atau sebelum membersihkan dan membaiki sebarang kerosakannya.
2. Awasi pergerakan kanak-kanak daripada menghampiri mesin jahit dan menjadikannya sebagai bahan mainan.
3. Jangan menggunakan mesin jahit jika kabel atau plag rosak. Jika mesin jahit tidak berfungsi dengan sempurna atau telah terjatuh dan rosak serta dibasahi air sama ada akibat bencana alam dan sebagainya, sila ke pusat servis yang bertauliah untuk diperiksa, diperbaiki atau dilakukan pelarasan secara elektronik atau mekanik.
4. Pastikan lin, debu atau cebisan kain tidak terkumpul di lubang peredaran udara dan kawalan kaki. Jika ada pastikan ia telah dibersihkan dahulu.
5. Jangan menjatuhkan atau memasukkan apa-apa benda ke dalam mana-mana lubang di mesin jahit.
6. Jangan menggunakan mesin jahit ketika produk berasaskan aerosol dan oksigen sedang digunakan.
7. Jangan mengeluarkan plag dari punca elektrik dengan menarik kabel sebaliknya peganglah plag dengan kemas dan cabut dengan cermat.
8. Jauhi jari dari segala bahagian bergerak dan berikan perhatian sewajarnya kepada bahagian di sekeliling jarum mesin jahit.
9. Jangan menggunakan jarum yang bengkok.
10. Jangan menolak atau menarik fabrik apabila menjahit kerana ia boleh membelokkan jarum dan menyebabkannya patah.
11. Pastikan suis dalam keadaan OFF apabila menyelaras bahagian jarum, memasang benang, menukar jarum, memasang benang gelendong atau menukar tapak penekan dan sebagainya.

UTAMAKAN KESELAMATAN ANDA
nooby noob
ReplyDelete