Cara memulakan jahitan

Jika menggunakan dua lapisan kain susupkan jarum melalui dua lapisan kain. Keluarkan jarum di mana mata jahitan akan bermula. Mulakan dengan satu atau dua jahit kia. Kemudian barulan mulakan jahitan. Tinggalkan sedikit benang di dalam kain. Kalau menggunakan satu lapisan kain mulakan dengan jahit kia kemudian mulakan jahitan. Elakkan membuat simpul kecuali simpul yang nipis seperti di bawah.


Cara menyambung dan mematikan jahitan

Matikan benang lama dan masukkan benang baru dengan cara yang licin. Kerjakan supaya benang baru meliputi benang lama Buat satu atau dua mata jahitan pada matajahitan yang akhir, kemudian susupkan jarum antara lapisan kain dan putuskan benang. Satu cara yang lain ialah menyusupkan jarum melalui beberapa mata jahitan akhir SD. Cara ini adalah cara mematikan jahitan yang lebih kukuh

Wednesday, September 9, 2009

Nasib Si Tukang Jahit Pakaian

Salam buat semua pembaca. Hari ini saya ingin bercerita berkaitan dengan kerjaya sebagai seorang tukang jahit pakaian. Untuk pengetahuan semua, saya bukanlah seorang tukang jahit. Kalau hendak jahit seluar koyak bolehlah sikit-sikit kut. Sebenarnya yang mengusahakan kerja menjahit pakaian ini ialah keluarga isteri saya.

Selalu saya melihat isteri saya begitu tekun menjahit baju yang diupah oleh para pelanggan. Kasihan sungguh kerana isteri terpaksa membantu dalam urusan ekonomi rumah tangga adakalanya terpaksa tidur lewat.

Kadang-kadang, isteri saya juga terpaksa mendengar rungutan daripada pelanggan yang tidak berpuas hati dengan jahitan yang telah disiapkan. Terpaksalah membaikinya kembali dengan tujuan menjaga hati pelanggan dengan kata lain 'customer always right'.

Antara keluarga isteri yang terlibat dengan jahitan ialah :

1. Puan Tugiah bt Sujak ( Mak Yah Tukang Jahit - Kg Sg Nibong, Semerah )
2. Puan Ani bt Bahnan ( Tmn Bintang Mas, Tongkang Pechah )
3. Encik Anis bin Bahnan ( Tenaga Pengajar Jahitan - Giat Mara, Tanjung Sedili )
4. Puan Afizah bt Bahnan ( Bandar Putera Indah, Tongkang Pechah )

Dengan kelulusan Sijil SKM - Pemotong Pakaian Lelaki, yang diperolehi dari Pusat latihan Kemahiran Kg Ungku Mohsin, Johor Bharu, isteri saya mengembangkan kerjayanya dengan mengambil upah menjahit pakaian sekitar Semerah, Batu Pahat. Pelanggan yang menempah pakaian adalah terdiri daripada orang kampung, guru, jururawat dan pegawai kerajaan yang lain.

Alhamdulillah, dengan isteri yang mempunyai kemahiran menjahit pakaian, saya dapat menjimatkan wang bagi menempah pakaian sebaliknya dapat membantu keluarga kami dalam kehidupan seharian. Terima kasih, isteriku.

Beberapa bulan sebelum hari raya, biasanya tempahan menjahit pakaian telah mula sampai. Pelanggan biasanya membeli kain-kain yang diminati lebih awal. Berbagai corak dan warna ada ditawarkan. Tinggal sediakan duit dan pilih sahaja kain yang diinginkan. Namun begitu pelanggan tidak mengambil kira kesesuaian kain dengan baju yang ingin ditempah. Akibatnya apabila baju telah siap, berlakulah kekurangan di sana sini.

Apabila menjahit pakaian, biasanya tukang jahit akan melihat :
1. Ukuran kain yang dibekalkan pelanggan.
2. Jenis baju yang dikehendaki ( kebaya, kurung, kebarung dll )
3. Corak yang terdapat di kain adakah menegak, melintang dan sebagainya.
4. Keadaan atau bentuk badan si pemakai ( biasanya isteri saya menggunakan baju contoh yang dibekalkan oleh pelanggan.
5. Jenis kain yang dibekalkan. ( kain nipis dan licin teksturnya biasanya agak sukar dipotong dan dijahit )

Masalah yang dihadapi oleh tukang jahit :
1. Kain yang dibekalkan tidak sepadan dengan ukuran si pemakai.
2. Corak yang terdapat di kain terpaksa diteliti supaya sesuai dan mudah dipotong.
3. Pembeli tidak mengukur kain semasa membeli dan hanya percaya ukuran yang dinyatakan oleh penjual sahaja. Akibatnya mereka menyalahkan tukang jahit jika kain tidak cukup kononnya tukang jahit tidak pandai memotong dan menjahit pakaian.
4. Ada pelanggan yang ambil baju siap tanpa membayarnya (kena kapur la...)
5. Bentuk badan pelanggan mungkin semakin gemuk, semakin kurus atau semakin tinggi menyebabkan baju yang ditempah tidak sesuai lagi dengan fizikal semasa mereka apabila telah disiapkan.

Demikianlah serba sedikit cerita mengenai tukang jahit ni. Ada banyak lagi tapi saya akan tulis di lain kali (jika dapat ilham). sekian, Wasallam.

1 comment:

  1. aslmkum.. sy nk tny isteri encik masih terima jahitn untuk uniform jururawat tak? sy nk buat tempahan..
    biasa 1 pasang berapa ringgit?

    ReplyDelete