Monday, July 12, 2010

Jahitan Kemasan Leher Baju

Sebagai tukang jahit, isteri saya menghabiskan banyak masa untuk menyiapkan sepasang baju. Bagi sesetengah pelanggan yang inginkan kemasan leher baju menggunakan jahitan tangan seperti jahitan mata lalat dan tulang belut, ia akan memakan lebih banyak masa dan jahitan perlu dilakukan dengan lebih teliti. Biasanya isteri saya akan menghabiskan 2 hingga 2 jam setengah untuk menyiapkan jahitan kemasan leher baju ini. Jika tak sanggup menjahit sendiri kemasan tersebut, isteri saya akan mengupah orang yang berkemahiran dengan harga RM 8.00 bagi setiap helai kemasan leher baju.

Walaupun begitu, isteri saya masih mengambil upah menjahit dengan RM 22.00 bagi setiap pasang baju kurung biasa. Harga ini amat murah berbanding dengan harga di sekitar Pekan Semerah, Batu Pahat iaitu sekitar RM 25.00 hingga RM 30.00 sepasang. Bayangkan jika beliau membayar RM 8.00 untuk membuat kemasan leher, tinggallah baki RM 14.00 sebagai upah penat menjahit. Isteri saya tidak dapat menaikkan upah menjahit sedia ada kerana ada di antara pelanggan adalah 'regular customer'. "Segan pulak nak naikkan harga", katanya.

Nasihat saya kepada pelajar-pelajar lepasan sekolah yang sedang rilek-rilek tu, eloklah mempelajari seni menjahit ini agar kita mendapat sedikit wang saku sambil duduk-duduk di rumah. Berikut saya paparkan video yang berkaitan. Video ini diambil dari http://homesolehah.blogspot.com/2008/12/tutorial-jahitan-mata-lalat-kemasan.html. kepada tuan punya blog berkenaan, izinkan saya berkongsi bahan anda.....

video

1 comment:

Cara memulakan jahitan

Jika menggunakan dua lapisan kain susupkan jarum melalui dua lapisan kain. Keluarkan jarum di mana mata jahitan akan bermula. Mulakan dengan satu atau dua jahit kia. Kemudian barulan mulakan jahitan. Tinggalkan sedikit benang di dalam kain. Kalau menggunakan satu lapisan kain mulakan dengan jahit kia kemudian mulakan jahitan. Elakkan membuat simpul kecuali simpul yang nipis seperti di bawah.


Cara menyambung dan mematikan jahitan

Matikan benang lama dan masukkan benang baru dengan cara yang licin. Kerjakan supaya benang baru meliputi benang lama Buat satu atau dua mata jahitan pada matajahitan yang akhir, kemudian susupkan jarum antara lapisan kain dan putuskan benang. Satu cara yang lain ialah menyusupkan jarum melalui beberapa mata jahitan akhir SD. Cara ini adalah cara mematikan jahitan yang lebih kukuh

 

Free Blog Templates

Blog Tricks

Easy Blog Tricks

Great Morning ©  Copyright by MAK YAH TUKANG JAHIT | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks